Monday 3 March 2014

Final Semester in Faculty of Film, Theatre, and Animation.

Like seriously?

It just feels like yesterday since I entered this faculty...

Without realizing that I'm gonna have other two weeks of classes, one week for revision week, and my final date for examination is 3rd April 2014.

I could miss you a lot my dear lecturers, dean. friends, classmates, juniors, seniors after everything that I faced. I have become more matured and yet producing two kinds of books/ zines which are Bait Bibir Sorga and Diari Eksperimentasi. Alhamdulillah.

Got to go, have class at 3pm. Daa...

Wednesday 3 July 2013

Miss you Mysterious R...

Hey guys, we meet again! I haven't written anything since the past six months...

There are lots of things to share...

1. Missing everything in Terengganu makes me cry because of homesickness...
    # I miss you...
           I. My dad
          II. My best friends
         III. My cats and kittens
         IV. My friends who work at Mcd and Tcafe
          V. I miss everything in Terengganu :(


2. I have started new semester since the past four weeks on 10th June, 2013...
    
Dear Mysterious R
          Once you are my crush, forever you are in my heart without being forgotten...
   
* Anyways, I have learnt something new in Psychology & Sociology class that is held on every Monday...
Mind :
Unconscious mind 90%
Conscious mind 10%
When we are falling in love with someone but it's just kept inside our heart, it will slowly change us as our we are not awake because we are just using 10% of our mind. As an example, you'll be wanting to see him or her everyday by doing something that you are not used to do, such as being punctual at workplace or class because you want to see him or her, it happens without you realize it... But, that's just what I have understood, I'm just sharing...

3. This new semester which is the fourth semester or final year, gets tougher with the presence of subjects that are similar with Mathematics, Science and Literature...
These are the subjects that I have taken during this semester :
 a) ETR300 : Fundamentals of Entrepreneurship
 b) CTF222 : Safety at Work
 c) CTF232 : Introduction to Psychology & Sociology
 d) CTW214 : Writing & Theory Practice
 e) CTW224 : Bangsawan Script
 f) CTW234 : Lyrics and Poetry
 g) CTW244 : Great Literature

This is created for you...

TIME

Time is passing by,
may I pause for a while?
I would try,
Making you smile.
And I've wanted to try,
To not be apart for even a while...

...
He cries, she cries, they cry,
After walking for a mile.
I don't wanna deny,
Losing every second makes me cry...
 
 
# Anyways, I've gotta go...
Have a good day guys!!!
My profile
 
Name : Araf Aziz
Age : 19 years old
Career : Student, Poet
Program : CT 112 (Artistic Writing)
Faculty : Film, Theatre & Animation
UiTM : Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
 
 

Wednesday 9 January 2013

Perform!!!!!!!!

Salam guys!!! Lama tak update blog.... Busy dengan pelajaran kot.... Ngeeee...

Wee!!! Nanti hari Sabtu 12 Januari 2013 , Araf akan berpuisi di event Pasar Boco 7 di Gravy Baby, Seksyen 13, Shah Alam anjuran lecturer atau mentor Araf iaitu Miss Wani Ardy. Dia adalah orang yang Araf sanjung kerana kekuatannya menempuh hidup ini telah menjadi kekuatan Araf. Araf pun kena kuat, tabah macam dia. Okay, Sabtu ni, pukul 2.00petang, Araf akan perform beberapa buah puisi iaitu Kanta Masa Silam, Salji Cinta di Khatulistiwa dan Teman Terbaik. Doakan Araf berjaya ye!!! Datang la jugak, support Araf, kita cakap-cakap, kita nyanyi-nyanyi.... Santai, tema event tu adalah pakaian jersi.
Jommmmmmmmm!!!!!

Antara puisi yang akan Araf baca...

Kanta Masa Silam

Berdiri,
melihat kisahku.
Di sebalik kanta-kanta masa silam.
Waktu dulu-dulu...

Aku-tersenyum melihat tawaku,
aku sebak melihat tangisku...
Mana semua pergi?
Mana semua pergi?
Kenangan, tawa, suka...
Hujan, ingatkah waktu kita berlari di dalam hujan?
Apabila hujan terhenti...
Terbiasnya pelangi, kita tangkap, masuk kotak hati...
Cantik indah pelangi itu...
Dan lakaran kata yang terlukis dari bibirmu,
Menyedarkan aku,
Betapa indahnya tulisan tangan Tuhan,
Memberikan kebaikan setelah keburukan...
Aku rindu,
Aku rindu saat kau ada,
Sumpah, aku mahu kau pegang lagi tangan aku.
Aku mahu kau suratkan apa yang tersirat.
Namun, selama ini aku cuma berjalan seorang diri di dimensi yang tidak wujud.
Semuanya terbalik sejak kau tiada.
Aku tersentak, aku tersentak kerana aku sedar.
Hidup belum habis lagi. Sedar, aku tersedar.

Kanta-kanta masa silam aku simpan,
Di dalam poket minda aku.

Thanks.

Friday 7 December 2012

SEMESTER 3 - MINGGU PERTAMA

Well, tak banyak nak ku cerita, sedih sangat bila aku dah sampai kat UiTM Puncak Perdana ni... Terpaksa meninggalkan kampung halaman demi menuntut ilmu... Biarlah, masa tetap berjalan, pejam celik, dah pun hujung semester... Minggu ni, minggu pertama aku sebagai pelajar sem 3... Ok, boleh dikira senior la jugak aku ni...

Btw, sem ni, aku akan mengambil tujuh subjek untuk mengisi keperluan untuk kursus yang sedang aku ambil, Pengajian Filem, dalam bidang Penulisan Artistik... Untuk memenuhi kriteria sebagai pelajar UiTM, aku perlu mengambil subjek CTU(Agama) dan BEL(English)... Sem 3 adalah sem terakhir aku ambil benda2 alah ni... Benda alah tapi susah jugak... Haish! Sem ni aku cuma ada satu subjek untuk kursus fakulti iaitu Pemikiran Kreatif dan Kritikal... Sorry, dibahasamelayukan... Eh, aku ada tiga subjek untuk kursus aku iaitu Pengajian Genre, Analisis Skrip dan Pengenalan kepada Penulisan Layar... Huh... Takutnyerrrrr!!!!! Doakan aku berjaya...

Setakat ni, aku dah menghadiri empat kelas... iaitu subjek2 selain dari CTU dan BEL, lecturer takde...

Nak berpuisi sikit la...

Nilai

Zaman ini,
Tanpa nilai,
Manusia tak membeli,

Zaman ini,
Tanpa nilai,
Manusia tak memberi,

Zaman ini,
Tanpa nilai,
Hidup tak bererti,

Zaman ini,
Tanpa nilai,
Manusia tak bergaji,

Zaman ini,
Tanpa nilai,
Manusia tak makan nasi,

Zaman ini,
Tanpa nilai,
Manusia tak akan berdiri,

Ke mana harus dibawa nilai?
Andai bumi sudah mati...
Ke mana kekalnya nilai?
Andai diri di dalam peti...
Peti kayu yang tak bernilai,
Nilai...

Sunday 11 November 2012

Tangisan Awan by Araf

Huh...! Agak lama tidak ku update blog aku ini... Well nak kongsi cerpen aku sendiri hari ini... Tajuk dia tangisan awan...


            Di sebuah bangku kayu itu, terdapat seorang remaja lelaki. Hisyam namanya. Sebelahnya terdapat sebuah buku, di mana dia menulis cerita tentang hidupnya. Buku itu adalah diari miliknya. Cuaca pada petang itu agak redup, tak terlalu panas kerana matahari terlindung oleh awan. Mungkin sahaja hari itu akan hujan atau mungkin hanya persinggahan sebalik wajah suram awan. Dia sendirian. Angin yang meniup membawa dia ke zaman silam, di mana dia masih lagi kecil. Dia mempunyai seorang teman bermain ketika kecil, Misya namanya.
            Pintu diketuk oleh Hisyam. Misya menjenguk ke arah tingkap dan terus berlari ke arah pintu. Pintu dibuka. Misya menjemput Hisyam masuk. Hisyam duduk di atas sofa sementara Misya mengambil kertas lukisan dan pensil warna. Misya mengajak Hisyam untuk beralih ke meja di ruang tamu. Misya mengambil sehelai kertas kosong lalu diberinya kepada Hisyam, Misya berkata yang dia mahu mereka lukis kenangan terindah dalam hidup mereka. Pada waktu itu, mereka berdua sudah berumur lapan tahun. Mereka ditempatkan di kelas yang sama iaitu, darjah Dua Musytari. Pensil warna yang berwarna hijau dicapai oleh Hisyam. Lakaran rumput dilakar di atas kertas itu. Mereka tekun melukis dan mewarnakan kertas masing-masing.
            Hisyam tersedar dari lamunannya, telefon bimbitnya berdering. Ibunya mengatakan bahawa ada seorang perempuan mencarinya, seorang teman yang sekian lama terpisah. Panggilan dimatikan. Hisyam mencapai diarinya dan terus menuju ke kereta. Hujan mula turun membasahi bumi. Dalam perjalanan, dia teringatkan lagi kenangan-kenangan itu.
            Sesudah selesai melukis, mereka menceritakan maksud yang tersirat di sebalik lukisan mereka. Hisyam menunjukkan lukisannya. Dua orang lidi yang terdapat dalam lukisan tersebut diterangi cahaya matahari dan orang-orang lidi tersebut berdiri di atas rumput yang hijau kekuningan. Hisyam menerangkan bahawa rumput perlukan matahari untuk hidup. Dua orang lidi itu adalah mereka berdua. Hisyam berkata bahawa mereka adalah sahabat selamanya. Itulah kenangan terindah bagi Hisyam. Misya mengangguk dan tersenyum. Setibanya giliran Misya, Misya menunjukkan lukisannya, di mana pelangi dilukis bersebelahan dengan awan mendung yang di bawahnya terdapat titisan hujan. Dua orang lidi sedang berdiri di bawah titisan hujan dan dua orang lidi di bawah pelangi. Hisyam bertanyakan kenapa pelangi harus berada jauh daripada hujan. Misya bertanya adakah Hisyam masih teringat waktu hujan turun beberapa hari yang lepas, di mana mereka berlari untuk berteduh, menanti hujan berhenti, apabila hujan berhenti, terbitnya pelangi. Misya berkata,itulah kenangan terindah baginya, berlari dalam hujan dan melihat pelangi. Di sebalik tangisan awan,pastinya akan terbit pelangi yang indah. Misya tersenyum dan disusuli dengan senyuman Hisyam.
            Seminggu berlalu, Misya tidak ke sekolah. Hisyam tertanya-tanya akan apa yang sudah berlaku padanya. Sesudahnya kelas pada tengah hari itu, Hisyam menyuruh ibunya untuk singgah di rumah Misya. Hisyam berlari menuju ke rumah Misya setelah keluar dari kereta. Rumah itu kosong. Hisyam bertanya kepada jiran Misya, ke mana Misya telah pergi. Jiran Misya hanya mampu menggeleng kepala, mengatakan bahawa ibu Misya telah meninggal manakala Misya telah dibawa pergi oleh ibu saudaranya. Hisyam menangis di situ, terduduk.
            Hisyam tersedar dari lamunannya. Dia sudah tiba di rumah. Dia memberi salam dan membuka pintu. Seorang wanita yang cantik menjawab salamnya. Airmata Hisyam gugur. Misya mendekati Hisyam dan meminta maaf kerana dia tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal pada waktu itu. Airmata Hisyam disapu oleh Misya manakala Hisyam menyapu airmata yang terdapat di pipi Misya. Misya mengimbas kembali kata-katanya, di sebalik tangisan awan,pastinya akan terbit pelangi yang indah. Mereka tersenyum.

Friday 2 November 2012

Luahan Hati

Aku baru sahaja pulang dari tempat kerja... Penat sangat...

Tadi aku buat kerja sambil menangis... Aku cuba tahan... Namun tak berjaya... Wajah aku yang ceria jadi muram...

Aku teruskan kerja... Airmata aku mengalir... Tiada siapa yang dengar aku menangis, biarlah ini ujian... Aku cakap pada diri aku yang aku boleh... Pengalaman adalah perkara yang mematangkan, aku tahu pengalaman ini akan digunakan saat menghadapi alam pekerjaan yang sebenar memandangkan ini adalah platform aku untuk menghadapi hari-hari pekerjaan yang akan datang nanti...

Kena maki, kena marah, kena tegur, kena hadapi karenah rakan sekerja, kena hadapi pelanggan dan semuanya tentang kerja adalah perkara biasa... Tapi, aku pun tak tahu mengapa aku menangis tadi... Alhamdulillah lega rasanya bila menangis... Aku harus jadi matang, tabah... Inilah dugaan, tiada dugaan maka tiada makna sesebuah kehidupan...

Aku akui aku memerlukan teman untuk mendengar luahan hati aku saat ini tapi biarlah ia terpendam, lama-lama hilang jua... Sakit dan perit itu lumrah kehidupan, aku selalu meyakinkan diri aku bahawa di sebalik tangisan awan, adanya pelangi yang indah tersembunyi...

Yang penting 5hb adalah tarikh hari lahir aku... Tapi nak sambut dengan siapa ya? Tiada teman... Haha...

Terimalah puisi ciptaan aku sendiri, assignment semester lepas untuk subjek Gaya Bahasa...

Perpisahan Takdir Tuhan

Dulu,
Kita selalu ketawa,
Gembira bersama,
Menangis kerna luka.

Kini,
Kau tiada lagi,
Untuk mengisi hari-hari sepi,
Mengusap tangis ini.

Selalu,
Mataku berkaca,
Berlinangan airmata,
Ingat kisah kita.

Ingatlah,
Pertemuan dan perpisahan,
Memang lumrah kehidupan,
Mencipta album kenangan.

Mungkin,
Ini takdir-Nya,
Bukan milik kita,
Sebuah kehidupan nyata,
Aku pasrah jua redha.


Namun,
Aku meminta sering,
Untuk ada tenang,
Saat aku terbayang,
Dirimu datang.

Kau,
Menyerap tangisku,
Mendakap erat rinduku,
Namun semua itu hanya igauanku.

Siapa,
Ingin diuji,
Cara sebegini,
Hingga hati dilukai.

Kerna,
Permulaan memberi erti,
Pengakhiran memberi mati,
Sehingga aku sendiri,
Berkelahi dengan mimpi,
Engkau akan kembali.

Thursday 1 November 2012

Beberapa hari lagi... Menghitung hari...

Antara peristiwa yang bakal berlaku pada bulan ini amat bersejarah :

1 - Hari Kelahiranku tanggal 5 November... (Nak hadiah)

2 - Result semester kedua untuk pengajian aku... (Harap2 dapat 3.0 ke atas)

Doakan kesejahteraan saya dan kejayaan saya tau... (Ni penulisan tak gramatis ok... +aku +saya ... Hahaha)

Ok la... Benda la ku merapu ni... Haha... Menghitung hari....

Ni antara karya ciptaan aku sendiri, sebuah sajak tentang masa...

Hakikat Masa
Detik, saat masih menari,
Minit, jam saling berkelahi,
Hari, minggu raih realiti,
Bulan, tahun tinggallah memori.

Masa lalu kenangan bagiku,
Masa sekarang sedang berlaku,
Masa hadapan tiada ku tahu,
Masa itu pena diari hidupku.

Diari hidup kelak penuh bermakna,
Andai masa tidak tersia,
Lupakan duka, perlukan masa,
Banyakkan suka, membuang masa.

Masa itu emas,
Masa itu emas,
Itulah azimat ringkas,
Warga-warga masa lepas.

Usah masa dibakar disia,
Usah biar masa diserap pencuri masa,
Dunia hanya sementara,
Mustahil benar ku putar masa.