Wednesday 31 October 2012

Kerja Baru di McDonald's

Hampir setengah bulan tidak menyambung penulisan aku di sini... Well, sedikit sibuk dengan kerjaya baru aku di McDonald's Senang Sensasi Sdn. Bhd. di negeri kelahiranku, Kuala Terengganu...

Pelbagai pengalaman aku tempuh di sini... Selama tiga hari aku menjalani latihan sebelum memulakan kerjaya, huh! Penat ada, enjoy ada, stres pun ada... Lumrah kerja... Dapat ramai sangat kawan baru... Happy... 

18 Oktober - Mula kerja sebagai trainee... Time ni la aku kena ragging, haha... Tak tahu apa-apa... Tapi tak mengapa orang cakap, aku budak baru so, aku buat silap pun takpe... :)

Antara kerja yang aku buat sepanjang dua minggu ni adalah di bahagian kitchen menyediakan makanan seperti ayam goreng, burger, kentang goreng, nuget, dan yang penting daging burger, aku yang masak tau... *Patotla tak sedap... Aku jugak pernah berada di bahagian lobi untuk jaga kebersihan dan greet customer...

Dua2 bahagian ni, aku lebih suka berada di bahagian kitchen (dapur) sebab, walaupun penat, enjoy sebab dapat berborak sambil bekerja manakala aku akan menjadi pasif bila berada di bahagian lobi...

Nak dijadikan cerita, sepanjang bekerja di lobi, aku dah dua kali speak dengan foreigner, yang first tu, seorang perempuan yang cantik dan tinggi, tapi sombong sangat! Aku greet, Hi! Welcome to Malaysia, where are you coming from? Dia jawab, New Zealand pastu terus pergi, WTF??? Tapi semalam, 30 Oktober, aku sempat berborak dengan dua orang guru yang sedang menjalani latihan kat Besut, huh! Friendly, nice, awesome and supporting!!! Dia orang berdua asal dari Ireland, aku sempat tanya, enjoy tak duk kat Terengganu ni... Dia cakap takde cinema lah, shopping complex, siap keluar perkataan 'bosan' (slanga english) dari mulut dia... Haha... Sebelum balik, dia ada tanya aku mana belajar English... Hey, jangan main-main dengan anak Melayu ni, haha, ingat kitorang tak sekolah ke? Dia puji aku, cakap inglish aku good (kembang hidung aku...) haha... Dia ada tanya aku, belajar ke, mestilah, sekolah filem, ambik scriptwring, dia tanya, nak jadi pengarah ke? Aku cakap jadi penulis skrip jer.... HAhaha... Dapat jugak menghilangkan kesenyapan aku pada saat aku bekerja di bahagian lobi...

Apa lagi nak cerita ek? Ah, tido la... esok kerja... Bye!!! Haha...

Ni la pic aku time abis kerja... Haha...

4 comments:

  1. Uwaa..speaking omputih awk ! hehehhe Tahniah ya dengan kerja baru!..akalau ada kosong ajak la saya...best la blog awk :D

    ReplyDelete
  2. Jemput la ke blog saya...jangn lupa menjadi follower..hehehhe

    http://teddybersayap.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Haha... thanks... dah follow... :)

    ReplyDelete
  4. Asyraf Aziz bakal penulis skrip terkenal Asia - Malaysia.

    Hidup terengganu, hidup anak melayu.

    Tahniah sahabat.

    ReplyDelete